Saturday 23 May 2009

PANTUN MELAYU

Pokok Sena di tepi pengkalan;
Buah Kuini di tepi Paya,
Tuan di sana mendapat Bulan;
Kami di sini menumpang cahaya.

(Pantun ini disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian Lumut khas untuk Dato' Sri Dr. Zambri Abd Kadir semasa perasmian serentak Mesyuarat Agung UMNO bahagian Lumut)

Maksud Pantun :

Pokok Sena melambangkan kekukuhan rumpun Melayu kerana kayunya yang keras dan tahan lama

Pengkalan adalah simbol pusat perdagangan masyarakat Melayu yang berniaga di pelabuhan-pelabuhan dalam negeri pada ketika dahulu.

Buah Kuini menjadi idaman ibu-ibu yang mengandung dan mempunyai bau yang kuat serta membangkitkan selera.

Paya adalah simbol kepada tanah pertanian yang subur yang menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama orang-orang Melayu.

Bulan melambangkan cahaya dan kuasa yang diperolehi oleh seseorang lalu disinarkan kepada seluruh alam.

Menumpang cahaya bermaksud berlindung dan turut bangga serta gembira dengan sinaran keramat cahaya bulan.

* Bulan yang dimaksudkan bukan bulan PAS yang langsung tak ada cahaya, tiada sinar..hanya warna putih yang pudar...sebab dah jadi BARUA DAP agaknya...

No comments:

Post a Comment