Wednesday, 30 March 2011

ANTARA BOB LOKMAN DAN DATUK ESKAY

BOB LOKMAN

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu… dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya…Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.


DATUK ESKAY

“Kenapa Dato’ tak dedahkan ini lebih awal?”, tanya seorang tetamu yang hadir.

“Apa bukti saya nak sokong dakwaan saya?” pantas jawapan Eskay. “Tetapi bila saya dapat video ini, bukti itu (seolah di anugerahkan Allah) diberi kepada saya”.

Eskay yakin semua ini adalah petunjuk dari Allah s.w.t. Sebelum ini Eskay yang dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu proses pemulihan Anwar setelah kemalangan terjatuh dari kuda, pernah mendakwa kepada para wartawan, ‘enough is enough’ dan tidak mahu lagi dipergunakan oleh Anwar. Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah jawapan dari Allah s.w.t.

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk check and balance. Saya bukan ahli UMNO dan mana-mana parti pun. Tetapi saya suka bila pembangkang kuat, supaya kepentingan rakyat terjaga”


No comments:

Post a Comment