Sunday, 27 March 2011

SURAH AL'ASR, 3 AYAT (JAM OMEGA 3 PELAPOR

TERJEMAHAN SURAH AL ’ASR
(MASA)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

KETERANGAN SURAH AL ’ASR

Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

Sesuatu yang menarik berkaitan surah ini ialah berkaitan dengan masa. Masa yang kita ada didalam hayat ini sepatutnya digunakan untuk menunaikan perintah-perintah Allah dan menjadi seorang yang beriman. Marilah kita menjadi orang yang beriman dan orang yang sabar serta saling mengingati antara satu sama lain ke arah kebaikan.

Kebetulan pula jam omega menjadi tajuk hangat saat ini akibat pendedahan 3 datuk. Jam sangat sinonim dengan masa. tapi apabila masa itu dihilangkan atau dilupakan maka terimalah bahananya. Dalam apa keadaan jangan sesekali lupakan jam atau masa tambah pula nilai jam omega itu belasan ribu ringgit, tapi masa adalah tidak ternilai oleh kita harganya. Jam itu pula boleh diperolehi DNA darinya melalui daki atau peluh pada jam itu. Lagi satu hal pulani.

Kebetulan 3 datuk pula yang mendedahkan perkara ini. Semacam satu kebetulan pula dengan jumlah ayat tersebut. Apakah tujuan mereka untuk menasihati atau berpesan kepada seseorang atau tujuan lain hanya Allah SWT maha mengetahui. Tapi tempoh seminggu yang diberikan kiranya boleh diterima untuk memberi amaran kepada pelaku seseorang yang bukan sahaja melanggar tata susila sebagai seorang Melayu malah melanggar hukum agama Islam yang dianutinya.

Pesan sudah, nasihat sudah, amaran pun sudah. Laporan polis juga yang dipilih maka terimalah balasannya nanti jika tersebar seantero maya.

* Moral of the story : jangan buka jam di mana saja anda berada atau apa saja yang anda lakukan ataupun jangan pakai jam langsung.

No comments:

Post a Comment