Tuesday, 5 April 2011

SOLAT HAJAT O..MEGA, KANAK-KANAK 7 TAHUN DIIKAT DAN DIBELASAH HINGGA MATI

KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kematian seorang pelajar tujuh tahun kelmarin yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.


Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berkata pihaknya juga memohon maaf kepada guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kelmarin selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis lalu ketika menyiasat kes kecurian.”Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

- ALFATIHAH UNTUK ADIK SAIFUL SYAZANI SAIFUL SOPFIDEE
- PEMBUNUH MESTI DIBAWA KE MUKA PENGADILAN
- INSTITUSI TERSEBUT PERLU DITUTUP
- RAKYAT MESTI MEMBALAS PERBUATAN INI MELALUI KERTAS UNDI DALAM PRU KE 13 NANTI

No comments:

Post a Comment