Friday 22 May 2009

KEMENANGAN UNTUK SULTAN PERAK

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Keputusan Mahkamah Rayuan petang tadi bukan sahaja memihak kepada Dato' Sri Dr. Zambry Abdul Kadir semata-mata, malah sebenarnya kemenangan tersebut adalah milik mutlak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebagai ketua negeri Perak Darul Ridzuan.
Keputusan 3 hakim sebulat suara menyatakan bahawa kuasa melantik Menteri Besar adalah kuasa mutlak Paduka Sultan setelah permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak oleh x-MB Nizar ditolak dan secara automatik jawatan Menteri Besar Nizar gugur.
Mahkamah juga menjelaskan bahawa undi tidak percaya tidak semestinya berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri tetapi boleh berlaku di hadapan Sultan Perak. Ternyata kaedah yang digunakan oleh Paduka Sultan amat bijaksana dengan menemuduga kesemua 28 Adun BN dan 3 Adun Bebas diterima pakai oleh mahkamah. Sultan Perak yang pernah menjawat Ketua Hakim Negara sebelum ini sudah tentu menggunakan kaedah yang bijaksana dalam menjalankan tugas baginda tanpa melanggar apa-apa peruntukan sama ada dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak ataupun Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini saya sudah menduga kemenangan ini berdasarkan kepada Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan yang saya catatkan di bahagian bawah blog saya ini.
Walau bagaimanapun keputusan ini bukanlah mukamad kerana kuasa terakhir mentafsir undang-undang terletak di tangan Mahkamah Persekutuan.
Walau bagaimanapun keputusan ini sedikit sebanyak memberikan kemenangan moral kepada Dato' Sri Zambry khasnya dan Barisan Nasional amnya dan saya amat yakin bahawa Mahkamah persekutuan juga akan memihak kepada Dr. Zambry, Insyaallah.
Saya berharap selepas ini tiada barua-barua kepada anjing dan BABI yang akan berbaring di tengah jalan di seluruh negeri Perak untuk menarik perhatian dan simpati rakyat. Peluang merayu ke Mahkamah Persekutuan terbuka luas. Gunakan hak anda sebagai warganegara tetapi jangan sebarkan fitnah, maki hamun, dan perhimpunan haram di seantero negeri. Kami rakyat Perak sudah bosan dengan tindak tanduk barua-barua ini.
Akai ada ka?

2 comments:

  1. Salam Saudara,

    Looking at the date you registered, it seems that you're a new citizen in blogosphere. Or perhaps you've been around for quite some times under different nick name.

    Whatever it is, welcome to the beautiful world of blogosphere. Whatever cause you are fighting, believe in only one thing - The whole truth and nothing but the truth.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam Mr. singh ( i dont know u muslim or not cos u first write salam to me)

    Thank you Mr. Singh for the free advised and been my follower.. as u said.. i'm new hear but long enough in politics.

    The whole truth and nothing but the truth... usually i heard this in court but i more prefer the x-files quote - the truth is out there.

    Dalam Islam saya lebih suka dengan

    'Apabila timbul kebenaran maka akan hilang semua kebatilan dan pembohongan'

    ReplyDelete