Friday 29 May 2009

PRK DUN PENANTI

AMBIL DUIT YAHUDI TAPI PANGKAH CALON BEBAS
Kepada pengundi-pengundi di Penanti, sementara anda semua menanti tarikh pengundian jika ada mana-mana individu yang menawarkan wang, ambil saja. Orang memberi kita merasa. Tapi bab undi buatlah pilihan sendiri.
Dulu anda telah mengundi calon PKR tapi apa yang anda semua dapat. Mana calon yang menang tu pergi? Jenguk kawasan pun tak nak? Dapat jawatan TKM 1 pula tu. Gaji tinggi untuk diri sendiri dan keluarga serta sahabat-sahabat dia saja. Lepas tu bila ada masalah, senang-senang sahaja dia letak jawatan dan lari ke luar negara atas alasan nak sambung belajar. Lain kali kalau belajar tak habis jangan sibuk nak bertanding dalam pilihan raya, menyusahkan pengundi saja.
Oleh itu pengundi-pengundi harus menolak calon PKR ini sebagai pengajaran kepada parti itu jangan mempermainkan kuasa yang telah diamanahkan. Kalau PKR bagi duit jangan pula lupa untuk mengambilnya kerana pada pendapat Ulama PAS macam Nik aziz itu adalah sedekah. Tiada paksaan untuk mengundi PKR kali ini.
TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA UNTUK MENOLAK PARTI YANG MEMPERLEKEHKAN UNDI RAKYAT DAN BERBUAT SESUKA HATI APABILA MENDAPAT KUASA.
HIDUP MELAYU HIDUP ISLAM. MELAYU DAN ISLAM BERPISAH TIADA.

3 comments: